Saturday, January 10, 2009

Sinopsis 'Kerana manisnya epal'

KERANA MANISNYA EPAL

 

SINOPSIS

 

             Mazlina,pelajar Malaysia di luar negara menjadi anak angkat Buchanan,seorang peladang epal di Tsolum River Fruit Trees,tanah British Columbia.Seorang lagi anak angkat Buchanan,Yvonne Zakharov Rosenblum berasal dari Russia.

             Anak-anak Buchanan seramai lima orang tidak berniat untuk mengusahakan ladang epal.Buchanan pula sangat sayang akan ladang epalnya.Buchanan sedih kerana ladang epalnya ingin diambil oleh Gabenor British Columbia.

             Mazlina dan Yvonne berasa cemas kerana orang-orang dari Jabatan Tanah British Columbia dan pegawai tentera datang dengan membawa jentolak ketika Buchanan tiada di rumah.

Buchanan berlari-lari pulang diikuti oleh Gabenor.Gabenor membatalkan projek lapangan terbang kerana beliau tidak mahu epa-epal yang manis sebanyak dua ratus  jenis di ladang itu musnah.

 

TEMA

 

Ø      Perjuangan mempertahankan hak warisan

o       Contohnya:-Buchanan berusaha mempertahankan ladang epalnya daripada dirampas oleh Jabatan Tanah British Columbia yang berhasrat untuk merampasnya.

 

PERSOALAN

 

Ø      Keberanian mempertahankan hak

o       Contohnya:-Buchanan mempertahankan ladang epalnya dengan berani.

 

Ø      Kehidupan seorang tua

o       Contohnya:- Kehidupan Buchanan selepas kematian isteri.Beliau tinggal seorang diri kerana anak-anaknya sudah mempunyai keluarga sendiri.

 

Ø      Hubungan anak angkat dengan bapa angkat

o       Contohnya:- Buchanan mempunyai dua orang anak angkat iaitu Mazlina dan Yvonne yang sangat memahaminya.

 

Ø      Kebun epal yang disayanginya

o       Contohnya:- Ladang warisan peninggalan nenek moyang Buchanan.

 

LATAR

 

Latar Tempat

  • Di rumah Buchanan dan di Tsolum River Fruit Trees.

 

Latar Masa

  • Waktu siang dan malam,pada zaman pemerintahan gabenor British Columbia.

 

Latar Masyarakat

  • Masyarakat luar negara.
  • Masyarakat pelbagai bangsa iaitu Inggeris,Melayu dan Russia .
  • Masyarakat peladang epal dan pelajar.
  • Masyarakat yang mementingkan hak warisan.
  • Masyarakat yang penyayang dan gigih berusaha.
  • Masyarakat yang berani mempertahankan hak.
  • Masyarakat pelajar yang cepat menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.

 

GAYA BAHASA

 

  • Penggunaan kata klasik
    • Contohnya:-Nirmala (Bermaksud bersih lagi suci)
  • Penggunaan kata daripada bahasa Ambon.
    • Contohnya:- lenso (Bermaksud sapu tangan)
  • Penggunaan kata daripada bahasa Inggeris
    • Contohnya:-Fellow,jeans
  • Peribahasa
    • Contohnya:-Patah tongkat berjemang
  • Ayat pendek
    • Contohnya:-Pagi nirmala,terdekih-dekih
  • Personifikasi
    • Contohnya:-Epal di kebun juga bergembira.
  • Metafora
    • Contohnya:-Samudera hampa
  • Sinkof
    • Contohnya:-Dah,tawa,tak
  • Simile

o       Contohnya:-Bagaikan kaca terhempas di batu,perbezaan mereka melangit.

  • Repitasi
    • Contohnya:-Buahnya besar,cukup besar.

Dipetik dari www.tuitionplaza.com

No comments:

Post a Comment

Post a Comment