Sunday, February 15, 2009

Pantun

Pantun

Ingat pesanan orang tua-tua

Apa-apa ada puncanya

Sedikit sebanyak kami nak bicara

Tentang apa-apa di sekeliling kita


Kari karipap eopk-epok kentang

Makanan harian yang kita suka

Terkenal sudah negeri seberang

Makanan harian orang-orang kita


Buah sengkuang bertumis basah

Diisi dengan lain-lainnya

Enak bersambal bergulung pula

Popiah goreng popiah kita


Sejak bila sukar ditafsirkan

Pengaruh lingkungan orang-orang kita

Cina India juga peranakan

Dalam hidangan kita bermuhibbah


Zaman Hang Tuah zaman melaka

Pelbagai bangsa mengenalinya

Hingga sekarang semua mesra

Itulah kita di Tanah Melaya

-Cikgu Manaf

Thursday, February 12, 2009

Pembentukan Syair

Pembentukan Syair

- sebuah cerita panjang

- tidak perlu ada pembayang

- sekadar rima a-a-a-a pada setiap hujung baris serangakap

- kata-kata disesuaikan dalam penceritaan

- ayat-ayat disesuaikan dalam penceritaan

Syair adalah cerita yang panjang.

Contoh:Siti Nurbaya (Syair Minangkabau)

Kesan syair: Senang untuk difaham

Penuh emosi

Menarik perhatian

Pelbagai-bagai syair:

-Nasihat

-Agama

-Cerita

Pada kelas Sastera hari ini,kami sekelas telah mendendangkan sebuah syair dengan Cikgu Manaf.Sekarang saya mendapati bahawa, Syair itu amat seronok.

Sopan santun anak Melayu

Senyumannya manis bila disapa

Dalam pantun irama Melayu

Terkenang jasa orang tua-tua

--------

Lemak manis alah ,amboi2

Santan kelapa alah ,amboi2

Kupandanglah manis alah ,amboi2

Tuesday, February 10, 2009

Syair

Syair saya:

Air Longan enak rasanya,

Boleh diminum di bila-bila masa,

Mengurangkan rasa dahaga,

Haus tidak terasa.

Syair Khairudin:

Permainan komputer hibur hati,

Boleh dimain pada masa lapang,

Tapi tidak boleh keterlaluan,

Beri lebih tumpuan pada pelajaran.

Yang telah dibetulkan:

Permainan computer menghibur hati,

Bila-bila masa bila-bila hari,

Kalau bermain usah lupa diri,

Pada pelajaran tumpuan diberi.

Syair Ridzwan:

Saya suka bermain permainan komputer,

Setiap kali saya mula main mesti rasa seronok,

Walaupun seronok penat mata saya,

Namun,saya tidak bosan main berulang kali.

Yang telah dibetulkan:

-maaf,cikgu saya tidak sempat salin-


Syair Allisa:

Pak Said menjuat kelapa,

Rasa enak air kelapanya,

Terkenal kerana harganya yang murah,

Ramai orang datang membelinya.


Sunday, January 25, 2009

Kesusasteraan

Oleh kerana Cikgu Manaf tidak dapat menghadiri kelas sastera kami yang lalu,Cikgu Sazali telah menggantikan Cikgu Manaf.

Cikgu Sazali mengajar kami perkara-perkara yang harus kami tahu sebagai murid sastera.

Di bawah adalah nota-nota yang telah saya catitkan semasa Cikgu Sazali mengajar:

Definisi Kesusateraan

- Ciptaan seni yang disam[paiklan melalui bahasa.
- Ia disamapaikan dalam bentuk perkataan, gerak-geri, perbuatan dsb
- Berasala dari cantuman, 'su' dan 'sastera'
- Su bererti baik,indah,cantik dan berguna
- Sastra bererti Karya(lisan/bertulis) atau buku
- Kesusasteraan:Semua bentuk karya yang bernilai seni dan berguna

Fungsi Kesusasteraan

- Kepada khalayak
+ menyampaikna pengajaran
+ menyampaikan pendidikan
+ memberikan hiburan

- Kepada pengarang
+ mendapat kepusan/keseronokan
+ memperbaiki dan menjamkan fikiran
+ berbakti kepada masyrakat
+ menyara kehidupan

Ciri-ciri Sastera

- Sastera Lisan
- Sastera Tulisan
- Karya kreatif
- Karya bukan kreatif

Cikgu Sazali juga telah menerangkan perbezaan antara Pantun,Gurindam dan Syair.

Ghazal Pulau Pisang

Pulau pisang rumah api
Pedoman kapal berlayar malam
Sebelum ajal berpantang mati
Walau tercampak lautan dalam


Yang tidak bergaris: Pembayang maksud
Yang digaris: Maksud pantun

Suku kata baris pertama: 8
Suku kata baris kedua: 10
Suku kata baris ketiga: 10
Suku kata baris pertama: 10

Struktur Pantun

- Empat baris
- 2 baris awal al=dalah pembayang
- 2 baris akhir adalah maksud
- 8 hingga 12 suku kata setiap baris
- Kosa kata-alam melayu
- Hujung baris 1 dan 3-aa
Hujung baris 2 dan 4-bb

Penulis pantun telah mengugurkan beberapa perkataan hingga tinggal hanya empat patah perkataan.
Jika tidak,pantun sebenarnya adalah sebegini:

Ada sebuah rumah api di Pulau Pisang
Rumah api itu menjadi pedowman kapal yang berlayar
Kalau belum ajal kita,kita akan selamat
Walaupun telah dicampak dalam lautan yang amat dalam

Apa yang telah saya pelajari?

Saya telah mempelajari bagaimana untuk memahami sebuah rangkap pantun.Dengan pembayang maksud dan juga maksud pantun,banyak yang boleh saya pelajari.
Maksud-maksud pantun,selalunya memberi nasihat tentang kehidupan kepada si pembaca.Dahulu,saya kira yang struktur pantun,hanyalah bunyi akhir bari yang sama pada baris 1 dan 3, 2 dan 4.Namun,terdapat banyak struktur-strukur yang lain yang telah saya pelajari pada kelas hari ini.

Terima kasih Cikgu Manaf kerana telah mengongsi ilmu cikgu kepada kita.Semoga ilmu yang cikgu curahkan pada hari ini memberi faedah kepada kami sekelas pada masa kelak nanti.

Pantun berkait

Burung belibis di atas lantai,
Buah rambai dalam padi;
Tuan Raflles orang yang pandai,
Tahu sungguh mengambil hati.

Buah rambai dalam padi,
Lazat pula cita rasanya;
Pandai sungguh mengambil hati,
Serta dengan budi bahasanya.

Lazat pula cita rasanya,
Jeruju dengan durinya;
Serta dengan budi bahasanya,
Setuju pula dengan isterinya.

Jeruju dengan durinya,
Di tepi jalan orang berlari;
Setuju pula dengan isterinya,
Seperti bulan dan matahari.


-Dipetik dari Karya Agung Pantun Melayu, 2001

Saturday, January 10, 2009

Sinopsis 'Kerana manisnya epal'

KERANA MANISNYA EPAL

 

SINOPSIS

 

             Mazlina,pelajar Malaysia di luar negara menjadi anak angkat Buchanan,seorang peladang epal di Tsolum River Fruit Trees,tanah British Columbia.Seorang lagi anak angkat Buchanan,Yvonne Zakharov Rosenblum berasal dari Russia.

             Anak-anak Buchanan seramai lima orang tidak berniat untuk mengusahakan ladang epal.Buchanan pula sangat sayang akan ladang epalnya.Buchanan sedih kerana ladang epalnya ingin diambil oleh Gabenor British Columbia.

             Mazlina dan Yvonne berasa cemas kerana orang-orang dari Jabatan Tanah British Columbia dan pegawai tentera datang dengan membawa jentolak ketika Buchanan tiada di rumah.

Buchanan berlari-lari pulang diikuti oleh Gabenor.Gabenor membatalkan projek lapangan terbang kerana beliau tidak mahu epa-epal yang manis sebanyak dua ratus  jenis di ladang itu musnah.

 

TEMA

 

Ø      Perjuangan mempertahankan hak warisan

o       Contohnya:-Buchanan berusaha mempertahankan ladang epalnya daripada dirampas oleh Jabatan Tanah British Columbia yang berhasrat untuk merampasnya.

 

PERSOALAN

 

Ø      Keberanian mempertahankan hak

o       Contohnya:-Buchanan mempertahankan ladang epalnya dengan berani.

 

Ø      Kehidupan seorang tua

o       Contohnya:- Kehidupan Buchanan selepas kematian isteri.Beliau tinggal seorang diri kerana anak-anaknya sudah mempunyai keluarga sendiri.

 

Ø      Hubungan anak angkat dengan bapa angkat

o       Contohnya:- Buchanan mempunyai dua orang anak angkat iaitu Mazlina dan Yvonne yang sangat memahaminya.

 

Ø      Kebun epal yang disayanginya

o       Contohnya:- Ladang warisan peninggalan nenek moyang Buchanan.

 

LATAR

 

Latar Tempat

  • Di rumah Buchanan dan di Tsolum River Fruit Trees.

 

Latar Masa

  • Waktu siang dan malam,pada zaman pemerintahan gabenor British Columbia.

 

Latar Masyarakat

  • Masyarakat luar negara.
  • Masyarakat pelbagai bangsa iaitu Inggeris,Melayu dan Russia .
  • Masyarakat peladang epal dan pelajar.
  • Masyarakat yang mementingkan hak warisan.
  • Masyarakat yang penyayang dan gigih berusaha.
  • Masyarakat yang berani mempertahankan hak.
  • Masyarakat pelajar yang cepat menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.

 

GAYA BAHASA

 

  • Penggunaan kata klasik
    • Contohnya:-Nirmala (Bermaksud bersih lagi suci)
  • Penggunaan kata daripada bahasa Ambon.
    • Contohnya:- lenso (Bermaksud sapu tangan)
  • Penggunaan kata daripada bahasa Inggeris
    • Contohnya:-Fellow,jeans
  • Peribahasa
    • Contohnya:-Patah tongkat berjemang
  • Ayat pendek
    • Contohnya:-Pagi nirmala,terdekih-dekih
  • Personifikasi
    • Contohnya:-Epal di kebun juga bergembira.
  • Metafora
    • Contohnya:-Samudera hampa
  • Sinkof
    • Contohnya:-Dah,tawa,tak
  • Simile

o       Contohnya:-Bagaikan kaca terhempas di batu,perbezaan mereka melangit.

  • Repitasi
    • Contohnya:-Buahnya besar,cukup besar.

Dipetik dari www.tuitionplaza.com

Contoh-contoh pantun



Pantun Adat

Lebat daun bunga tanjung
Berbau harum bunga cempaka
Adat dijaga pusaka dijunjung
Baru terpelihara adat pusaka

Bukan lebah sembarang lebah
Lebah bersarang dibuku buluh
Bukan sembah sembarang sembah
Sembah bersarang jari sepuluh

Pohon nangka berbuah lebat
Bilalah masak harum juga
Berumpun pusaka berupa adat
Daerah berluhak alam beraja

Pantun Nasihat

Kayu cendana diatas batu
Sudah diikat dibawa pulang
Adat dunia memang begitu

Benda yang buruk memang terbuang
Kemuning ditengah balai
Bertumbuh terus semakin tinggi
Berunding dengan orang tak pandai
Bagaikan alu pencungkil duri

Parang ditetak kebatang sena
Belah buluh taruhlah temu
Barang dikerja takkan sempurna
Bila tak penuh menaruh ilmu

Padang temu padang baiduri
Tempat raja membangun kota
Bijak bertemu dengan jauhari
Bagaikan cincin dengan permata

Ngun Syah Betara Sakti
Panahnya bernama Nila Gandi
Bilanya emas banyak dipeti
Sembarang kerja boleh menjadi

Jalan-jalan ke kota Blitar
jangan lupa beli sukun
Jika kamu ingin pintar
belajarlah dengam tekun

Pantun Peribahasa

Harapkan untung menggamit
Kain dibadan didedahkan
Harapkan guruh dilangit
Air tempayan dicurahkan

Pohon pepaya didalam semak
Pohon manggis sebasar lengan
Kawan tertawa memang banyak
Kawan menangis diharap jangan

Pantun teka-teki

Kalau tuan bawa keladi
Bawakan juga si pucuk rebung
Kalau tuan bijak bestari
Binatang apa tanduk dihidung ?

Beras ladang sulung tahun
Malam malam memasak nasi
Dalam batang ada daun
Dalam daun ada isi

Dipetik dari www.wikipedia.com

Pantun kanak-kanak

Sudah gaharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.

Dipetik dari http://members.tripod.com/Bobezani/sastera.htm

Pantun

Apa itu pantun?

Pantun merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenal dalam bahasa-bahasa Nusantara. Dalam bahasa Jawa, misalnya, dikenal sebagai parikan dan dalam Bahasa Sunda dikenal sebagai paparikan. Lazimnya pantun terdiri atas empat larik (atau empat baris bila dituliskan), bersajak akhir dengan pola a-b-a-b (tidak boleh a-a-a-a, a-a-b-b, atau a-b-b-a). Pantun pada mulanya merupakan sastra lisan namun sekarang dijumpai juga pantun yang tertulis.

Semua bentuk pantun terdiri atas dua bagian: sampiran dan isi>. Sampiran adalah dua baris pertama, kerap kali berkaitan dengan alam (mencirikan budaya agraris masyarakat pendukungnya), dan biasanya tak punya hubungan dengan bagian kedua yang menyampaikan maksud selain untuk mengantarkan rima/sajak. Dua baris terakhir merupakan isi, yang merupakan tujuan dari pantun tersebut.

Karmina dan talibun merupakan bentuk kembangan pantun, dalam artian memiliki bagian sampiran dan isi. Karmina merupakan pantun "versi pendek" (hanya dua baris), sedangkan talibun adalah "versi panjang" (enam baris atau lebih)

Peranan pantun

Sebagai alat pemelihara bahasa, pantun berperan sebagai penjaga fungsi kata dan kemampuan menjaga alur berfikir. Pantun melatih seseorang berfikir tentang makna kata sebelum berujar. Ia juga melatih orang berfikir asosiatif, bahwa suatu kata bisa memiliki kaitan dengan kata yang lain.

Secara sosial pantun memiliki fungsi pergaulan yang kuat, bahkan hingga sekarang. Di kalangan pemuda sekarang, kemampuan berpantun biasanya dihargai. Pantun menunjukkan kecepatan seseorang dalam berfikir dan bermain-main dengan kata. Seringkali bercampur dengan bahasa-bahasa lain. Berikut contoh pantun (sebetulnya adalah karmina) dari kalangan pemuda:

Mawar merah tumbuh di dinding
Jangan marah, just kidding

Namun demikian, secara umum peran sosial pantun adalah sebagai alat penguat penyampaian pesan.


Struktur Pantun

Menurut Sutan Takdir Alisjahbana fungsi sampiran terutama menyiapkan rima dan irama untuk mempermudah pendengar memahami isi pantun. Ini dapat dipahami karena pantun merupakan sastra lisan.

Meskipun pada umumnya sampiran tak berhubungan dengan isi terkadang bentuk sampiran membayangkan isi. Sebagai contoh dalam pantun ini:

Air dalam bertambah dalam
Hujan di hulu belum lagi teduh
Hati dendam bertambah dendam
Dendam dahulu belum lagi sembuh

Beberapa sarjana Eropa berusaha mencari aturan dalam pantun maupun puisi lama lainnya. Misalnya satu larik pantun biasanya terdiri atas 4-6 kata dan 8-12 suku kata. Namun aturan ini tak selalu berlaku.

Inilah yang saya petik dari lelaman www.wikipedia.com